Perbicaraan dan kematian Botak Chin

Setahun selepas ditangkap, Botak Chin mencatat sejarah sebagai orang pertama mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori. Peguamnya, Jagjit Singh membuat rayuan terhadap hukuman itu hingga peringkat Majlis Privi yang mengenepikan penghakiman dan hukuman mati itu serta mengarahkan perbicaraan semula.

Botak Chin dibicara semula pada 1 April 1980 dan ketika inilah beliau mendakwa sebagai Robin Hood moden, merompak orang kaya untuk menolong orang miskin. Ada juga yang berpendapat bahawa namanya, 'Botak' Chin, sebenarnya merupakan akronim untuk "Bantu Orang Tak Ada Kerja".[8] Menurut pakar psikiatri dan bekas pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Tan Sri Dr M. Mahadevan, Botak Chin merupakan seorang genius sesat ("Distorted misguided genius"). Inilah kesimpulan beliau setelah menjalankan pemeriksaan kesihatan mental untuk menentukan sama ada Botak Chin cukup waras untuk dibicarakan di mahkamah[9]. Botak Chin akhirnya didapati bersalah pada 16 Mei 1980 dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan ditolak pada 23 September. Rayuan kepada Lembaga Pengampunan juga ditolak. Ketika menunggu dihukum gantung, dua kali Botak Chin menyerang pegawai penjara.[10]

Pada usia 30 tahun, riwayat Botak Chin sebagai penjenayah ganas dan kejam berakhir di tali gantung di Penjara Pudu pada 11 Jun 1981.[11] Ironinya ialah Botak Chin akhirnya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati disebabkan pemilikan senjata api, dan bukan atas tuduhan bunuh.[12][13][14]

Rujukan

WikiPedia: Botak Chin http://berita-harian-online.com/botak-chin/ http://themalaysianlife.blogspot.com/2009/11/botak... http://losong.com/ruhana/?_page=6 http://ragedindian.com/2011/11/15/the-legendary-bo... http://syahrilkadir.wordpress.com/2008/05/28/menje... http://www.hmetro.com.my/articles/FailBotakChindib... http://www.sinarharian.com.my/buku/rahsia-botak-ch... http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/6... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2004/9/... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/6/...